Tuesday, September 29, 2009

Legendary Item

Kili x p'nah b'sua & mengenalinya ttp cerita² dogeng yg kili dgr sangat mengkagumkan + menyayat hati. Kili hanya bole meletakkannya sbg ..

"The Lost Of Legendary Item"

'Biar mati b'darah², tp nama sentiasa harum bak mentari + pelangi'

Zzz .. Zzz ..Kucing Pasar Marang

Gambar ini d ambil semasa bulan puasa Ramadhan tahun ini.

Ala .. brg² basah !! Sedang kili t’sibuk shopping kat Pasar Marang, tetiba kili t’serempak dgn seekor kucing yg nyenyak tidur. Wah .. “wei .. kucing, Puasa pun bukan begini caranya menunjukkan keletihan !!” haha ..


Hm .. kili sbnrnya suker sgt kat kucing. Dr kecil hingga la dah tua ni mmg x p’nah putus² menyayangi kucing. Kucing .. !! Kucing .. !! Kucing .. !!
‘Kalu Nabi menyayangi kucing, Abu Bakar As-Sidiq lg la syg pd kucing .. d kutipnya kucing² yg t’biar d pasar’ kita bgaimana?


Sohok Belanja KFC !! Arigatou.

Dah berminggu2 Laptop kili mengalami masalah virus, .. sampai la kili ke kg. halaman berhari raya, kiranya raya kali ni laptop kili mmg ddk rehat la. Haha .. O .. relex yer ??

Ok jugak bile d fikirkan balik, apa x nyer, .. x la jari kili ni hancus .. dek editing komik yg byk tu. Haha ..


Pd Raya ke 5, Kili + Muaz + Sohok + Marul b'kumpul d rumah Marul. Hm .. titian kasih la ni, kebetulan hari tu jg Zam kawin, kili x p'gi pun rumah dia. X larat la zam, .. maaf. Nanti kalu Mungkar & Nangkir tanya kenapa? x tahu nak jawab apa Zam, maaf yer. Sorang tek !!

Malam tu aku serahkan 3 Pen Drive, Xternal Hard Dish + Laptop + PC kat Marul suruh dia repair, kili dah beritau kat dia, laptop kili ada masalah virus. Alhamdulillah dgn Karpesky 2010 dia tu, akhirnya laptop kili pulih cam biasa. Haha ..

Terima kasih Marul, ..

Malam tu juga, Sohok menunaikan janjinya dgn belanja KFC, Wah .. !!! Terima kasih sohok. Al-Kisah pulak kita org ada 4, so .. x loket gak ko ek belanja 4 sekali gus. Aku kagum dgn ko Sohok. Semoga kita d murahkan rezeki d Dunia & Akhirat. Amin


Kenangan mkn b'sama ni mungkin antara yg x dpt kili lupakan, jumpa kwn lama yg t'putus sejak d bangku Kolej lg. Lepas tu putus cam tali jer. "Terbang d langit menyapa awan, akhirnya turun juga sbg Hujan". Kan?

Itu pun ramai lg yg t'putus cam tu jer. Andai ko org t'baca blog kili ni, seribu jari kili memohon kemaafan drpd ko org semua. Biarlah kita b'jumpa d Akhirat sbg Insan yg Gembira. Amin

Al-Kisah yg mengejutkan kili, sohok memasang lagu drpd Blog kili sendiri, Gita Gutawa - Jalan Lurus. Wah ... t'kejut beruk kili d buatnya. Arigatou !! Dah seorg demi seorg insan yg taksub. Pendek kata dr kili, ko org kena faham betul maksud yg d sampaikan o lagu
t'sebut.

Mandi Badi Mayat

Ha .. ini topic yg mmg ko org sukar nak percaya sebenarnya. T'pulang pd dr sendiri sejauh mana kebenarannya.

Al-Kisah pulak hr ini kili d mandikan utk membuang Badi Mayat sprt mana blog yg kili p'nah tulis sblm ini.

Sejak kecil dahulu, kili p'nah b'gotong royong utk memandikan mayat arwah Pak Sedara kili d TRG, pd masa tu Arwah Ayah Kili masih lg ada. As Noob, x byk yg kili belajar kecuali b'main air mayat yg mengalir d bawah kaki.

Dlm ms yg sama, kili t'ringat balik pd cerita2 mengenai keburukan dan kebaikan air mayat ni .. ha .. Jeng .. 3x !! Kili p'nah t'baca air mayat ni mengandungi syaitan2 yg keluar drpd tubuh mayat t'sebut. Air ni blh d jadikan GUNA-GUNA kpd sesiapa yg mmg mempunyai b'niat jahat. Air ni juga bole d gunakan utk mempelajari ilmu Hitam. Hm ... tp harus d ingat, Allah jua yg menentukan segala2nya.

Sdg asyik kili b'main air yg mengalir d bawah kaki tu, tetiba kili rasa seram sejuk badan + muka, rasa nak pitam jer. Seram sejuk tu dtg berulang2 kali. Terus kili keluar drpd bilik mandian mayat t'sebut bergerak menuju ke Tanah (halaman rumah)

Seram sejuk tu beransur2 hilang, rasa nak pitam pun juga hilang but it still take time.

Sehinggalah skrg kili bekerja d Putrajaya, kili x tahu kili ada badi tersebut setelah seorg bomoh perubatan mengatakannya kpd family kili. Wah ... t'kejut beruk kili mendengarnya.

Al perkara biasa jika kili menjumpai p'kara2 ghaib dlm hidup kili sebenarnya. Kkdg kili fikir t'lalu tahyul jika d fikirkan balik, d mana sahaja jika kili b'sendirian pasti kili akn lbh cepat merasai sesuatu then org lain. Rasa cam x adil sangat ... huhuhu ..

Kili berdoa kpd Allah, mandian badi mayat ini akan menjauhkan kili dprd kepercayaan2 syirik krn Dosa Syirik kpd Allah adalah dosa yg x dpt d ampunkan.

Slps melalukan proses mandian mayat ini, bdn kili terasa t'lalu letih sgt, x der semangat, x b'maya, panas d lengan, b'peluh2 jer .. semangat nak keluar b'jalan pd Raya ke 6 t'gendala sekejap slps proses mandian selesai.

Kili cuma d mandikan sbyk 30 kutum bunga yg wangi. Yg lain2 tu kili x tahu. Semasa siraman air bunga itu jatuh ke kepala kili dgn p'lahan, seram sejuk gak kili d buatnya. Mmg seram la .. haha .. malas aku nak ingat balik.

'Bersyukur krn hasrat kili t'laksana akhirnya' Amin

Monday, September 28, 2009

Jual Laptop Vostro 1000 huhu ..


Semalam kili dgn adik ipar kili balik dr KT ke KL. P'jalanan yg mengambil masa 7 jam adalah p'kara biasa bg org timur spt kili ni. P'jalanan p'gi dan blk ke Pantai Timur adalah lbh mencabar then ke Utara & Selatan. Merentasi Banjaran Titiwangsa adalah sprt suatu kebanggaan jer.

Smlm juga adik ipar kili p’tama kalinya drive dr Jabor ke KL. Atas paksaan kili, dia akhirnya berjaya sampai ke rmh dgn selamat & x b’laku apa² yg x d ingini. Nampak gak la perasaan gembira yg x dpt d gambarkan b’dasarkan pd riak mukanya.

Bila sampai shj ke rmh adik ipar, kili nak x nak t’paksa menyerahkan laptop kili kpd adik kili tu. Vostro 1000 x p’nah mengecewakan perasaan kili selama kili menggunakan laptop ni. Tp w/pun kili t’paksa gak menyerahkan laptop tu pd org lain. Saiz = 15’ sedikit sbyk menganggu kebatasan pemikiran kili.

Kili jual dgn harga RM1k jer, kili beli dulu pun RM1.5k. Beli pun kat Mudah.com jer. Masa tu masih lg ada warranty hingga skrg, masih lg tiada apa² masalah yg berlaku. Entah ini laptop yg ke berapa kili miliki, drpd brand BanQ, HP, Compaq dan akhir sekali Dell.

Kili p’nah d nasihati o member serumah kili, menjd seorg MULTIPURPOSE !! Akhirnya kili faham apa yg member kili maksudkan & adaptasi dlm kehidupan hingga ke hr ini. Bkn apa, kili sblm ni kerja sbg Programmer, kat mana² pun as Programmer, then bila sampai jer kat UKM jd Networker. Moral Down giler aku d buatnya, nak x nak t’paksa pinjam buku dgn member aku yg kerja d Putrajaya. Baca pasal Network. Alhamdulillah … hari² mengadap Network, cair gak .. cam Programming gak rupanya. Keke ..

So .. kili nasihati pd member² kili yg lain (xpecially org timur) . Jdlah dr kita seorg yg MULTIPURPOSE !!. Kemahiran kita x terikat dlm office shj, ttp d mana shj anda berada. Amin

Thursday, September 24, 2009

New LINK Download One Piece

Salam,

Akhirnya hanya beberapa minit sahaja menatap Google, kili menjumpai link utk download One Piece bg episode yg seterusnya slps LICENSED bg komik ini d keluarkan. Muahaha ..

Oleh krn One Piece skrg mempunyai Licensed then Naruto, so ... source utk download One Piece menjd lbh mencabar sikit. ;))

Semoga mereka yg d tugaskan mengDOWNLOAD tu, jgn la lupa pd tugas anda ye? .. keke .. Terima kasih.

Download One Piece d sini

Thursday, September 17, 2009

Sendirian Menanti Esok

Hari ni Khamis, esok Jumaat, lusa Sabtu, tulat Ahad (Hari Raya). Masalahnya hari ni x der org pun kat rmh sewa ni. Sedih nyer ... Nak dengar lg Raya pun malas, takut tersalah sedih la pulak /please

Apa pun esok giliran sy pulak balik KG. /wahaha

Hari ni org kat office dah start bermaaf-maafan antara satu sama lain. Org perempuan bole la cium2 pipi .. /blush tp kalu org lelaki wat gitu gak cam ner ye? /hmm Segan lak pulak rasanya. Tp mmg betul la, Raya kali ini sgt b'makna bg kili, kili x bole tulis d sini. Islam kata kebaikan kita lakukan jgn sentiasa ceritakan pd org lain, RIAK namanyer. Mungkin hr ini kili menulis dlm perasaan rendah diri, hr esok cam ner pulak? Krn kita hamba Allah tiada HAK pun utk RIAK sesama kita. Amin

Berikut merupakan drama2 yg kili coretkan utk tatapan d pagi raya nanti ..

1. "Emak .. ampunkan saya ...!!" /no x bole terima .. lapuk !! /nobigdeal

2. "Lambatnyer mak nak bg duit raya ni .. !!
" /dignose
3. "Emak .. nak gak duit rayer .. !!" /floor

/xD mujur la kili nak wat adegan cam ni kat mak kili. Mak kili garang tau orgnyer. Apa pun kili ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin pd ko org yg baca blog kili ni.

Selamat Pulang .. /bye

p/s : BOS2 kili semua dah balik kg dah .. sunyinyer .. !!

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Salam,

'Ramadhan menghampiri ke penghujungnya, Syawal ingin tiba' Inilah kata
² yg agak sesuai pd situasi skrg. Rata² sprt Syawal itu hari kegembiraan yg d sambut dgn gembira + mesra. Seronok sebenarnya bg mereka yg memilik keluarga yg besar dan anak perantauan sprt kili ini. Tp jgn la sesekali kita rosakkan syawal t'sebut dgn titik² dosa pula. Amalan yg d kerjakan d bulan Ramadhan ini haruslah d teruskan juga utk bulan² yg lain.

"Hidup ini hanya sekali, Anda buat .. anda Dapat !! keke ..

D kesempatan ini, kili merendah diri memohon keampunan drpd Allah SWT sepanjang hayat masih ada, kili mmg suka b'gurau, ttp ada juga gurau
²an t'sebut menyentuh + t'guris hati .. kili memohon berbanyak kemaafan ye?

Kili akn pulang ke kg pd hr Jumaat ini, 19 September 2009. Bermakna menempuhi MEGA JEM sepanjang perjalanan dr KL - KARAK. Kebetulan bulan TOL FREE adalah pd pukul 12am - 5am, hm .. timing kena betul ni. Keke .. Kili akan berada seminggu d kg, byk plan yg ingin d lakukan tp sbyk mana yg dpt d tunaikan, kili x tahu. Kita merancang, Allah menentukan.

Puasa kali ini adalah antara detik
² puasa yg cepat + singkat yg kili rasai. T'lalu bz dgn kerja² office kot ? Ttp Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yg paling baik dpt kili sempurnakan utk BONDA kili. Krn Syurga itu d bawah tapak kaki ibu kita. Sementara hayat kili masih ada, kili akan sempurnakan hajat BONDA kili. Ko org yg baca blog kili pun, marilah kita SEMPURNAKAN IBU KITA. Amin

Kili juga memohon kemaafan d sini kpd staff
² yg berkerja d AG terutama sekali BOS² kili (F41) yg selalu kena pancung dek tgn kili sendiri. Keke .. ko org mmg best, .. mnjdkan AG adalah tempat antara yg sempurna utk kili sebenarnya krn mempunyai BOS² yg bagus + penyayang. Keke ..

"Nak duit raya Kak Nat + Kak Naq" pinta kili dgn sayu sekali. Wahhhhhhh ...

Tidak lupa juga member sekerja kili di M2Farm, MMSC, SKALI, ENCORAL, UKM. Kili ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN. Tidak lupa jg kpd rakan
² seperjuangan kili d KTB juga rakan serumah di Serdang ni. Kili sentiasa rindui ko org semua, apa yg lepas d jadikan kenangan, .. yg berlaku di tatapi sendirian.

p/s : Selamat Hari Raya + maaf Zahir & Batin semua. Jika dlm p'jalanan pulang ke kg halaman + ziarah menziarahi semasa Raya tu, berhati2lah ye? Muah semua. :)

Monday, September 14, 2009

Kenangan Raya d Encoral

Salam,

Smlm 'Kuih² Raya version Tunjuk' kili punya dah sampai. Bermakna tahun ini merupakan tahun yg bersejarah bg kili. Knp? krn kili membeli kuih Tunjuk²? haha .. utk pengetahun ko org semua, kili x p'nh pun beli kuih tunjuk ni. Krn kili yakin dgn keupayaan kakak ipar + bonda mghasilkn kuih raya ni. Tp thn ini adalah b'lainan sm sekali, semkin lama kerinduan kili pd neg sendiri smkn menjadi².

Kili masih lg teringat beraya di company ENCORAL Solution Sdn Bhd. Kili baru lg bekerja d sana & mnjd tenaga pengajar dlm masa yg sama. Kili cuma REQUEST ayam² nak kek raya, x sangka dia org tunaikan permintaan kili. hehehe .. Arigatou !!

Hr ni, tu antara kenangan yg x dpt kili lupakan, dgn kek raya yg mmg best². Arigatou !!

p/s : x asyik copy & paste coding tu ye?

LELAKI BOROI tanda BAHAGIA ???



Salam Berpuasa & menunaikan ibadat. Semoga d bulan yg mulia ini, marilah sama2 kita menunaikan sebanyak mana ibadat yg kita mampu lakukan. Amin

Al-Kisah pula sedang kili membaca majalah Wanita kepunyaan member kili, tersentak + tertarik dgn satu artikel yg bertajuk "Boroi tanda bahagia". Apa kes pulak boroi tu melambangkan kebahagiaan cik abg + cik adik oi ... !! keke ..

Kebiasaanya lelaki yg sudah b'kawin
akan mengalami masalah BOROI, x kira la muda ataupun tua. BOROI sprt menjadi satu perbualan + lambang kebahagiaan + lambang kesihatan. Apa x nyer, segalanya sudah t'jaga dgn rapi dek si Isteri t'cinta. Konon la .. haha

Yg kili best tu, ada sorg Daddy beritahu kat anak dia .. "Yg bulat ni la mak kamu suka + geram ni, makin bulat makin suker" eeee ... x faham aku dgn hati wanita ni. kekeke ..



Itu t'pulang kpd hati budi masing2. Kili pun x kisah. Lgpun manusia ini adalah ciptaan Allah yg paling sempurna sekali. Kita semua harus bersyukur krn m'jd manusia, kan? Kalu x pun, jd lembu + kambing ke, perut lg la BOROI kan? spesis boroi gitu. Haha ...

Bercakap pasal boroi ni, jgn lupa pd satu Artikel Kesihatan yg p'nh kili baca semasa zaman keremajaan kili sblm ini. BOROI MELAMBANGKAN SARANG KPD 1001 PENYAKIT. Al-Maklumlah, tunjuk + campakkan lah sesiapa shj kat kili yg boroi tp x der penyakit. Keke ..

That y kili nak kurus + maintain jer berat badan. Krn hari ini aku masih ENSEM, esok mungkin spesis boroi juga.

Terima kasih membaca b'sama

Monday, September 7, 2009

Semangat Raya

Salam,

Beberapa hari ini kili dapati YOUTUBE yg mendendangkan Lagu2 Raya mula mendpt tempat d hati semua. View + Comment semakin bertambah. Menunjukkan Lagu2 Raya mmg susuai utk hari2 menjelang Perayaan sahaja. Skrg br kili tau apa maknanya RAYA kpd kita semua, 'adalah kemenangan dlm mengerjakan IBADAH selama 1 bulan'. Bermakna sesiapa yg mengerjakan paling byk, mungkin RAYA itu adalah lbh bermakna bg dia berbanding yg tidak. Hm ... Betul kot !!

Masalahnya time ni la MEMBER2 kili dr pelusuk mana entah .. semakin rancak dgn DOTA. Huhuhu .. Kili pulak manusia yg pantang d ajak. Kekeke .. x bole ke dia org bersabar lps RAYA ke? Tp b'mula semalam kili rasa agak MORAL DOWN sikit, x tahu kenapa? Kili kena cr sesuatu yg bole kembalikan KEGEMBIRAAN kili balik. Itu lah susahnya menjd KILI yg sebenar !! wah .. cam lagu LUNA lak !!


Wednesday, September 2, 2009

Download Lagu Raya

Salam berpuasa semua,

Seminggu sudah berlalu Ramadhan, kita akan merasai kemuncaknya tidak lama lagi. Apa pun lagu2 Raya sudah bole d jadikan juadah telinga dan hati utk merasai kehangatan dan kerinduan yg tidak t'peri utk pulang ke KG halaman.

Sesiapa yg nak download koleksi lagu2 Raya, bole dapatkan di sini. Terima kasih

Flora 2009

Berikut merupakan kenangan Kili d kediaman Flora 2009 yg berlangsung d Putrajaya. Gambar ini d ambil secara formal & unformal & tidak terikat kpd mana2 pihak utk aksi2 yg melampau. Hanya utk tatapan sendiri dan mereka POYO tahap GABANG jer. Terima kasih