Friday, April 17, 2009

Job History

Saya mendapat pendidikan di Kolej Teknologi Bestari, Setiu Trg.

Selepas Dis 2006, 2 minggu kemudiannya saya joined 'on job training' di M2Farm Terengganu. Sebelum itu saya masih lagi menghabiskan praktikal di Kuantan, Pahang dengan membangunkan Sistem Perumahan Kastam Pahang. Di situ lah saya mengenali apa itu PHP (Web Base).

6 bulan di M2FARM adalah segalanya²nya bg saya. Mengenali Action Scripting, Designing & Animation in the same time. Memang betul² menghargai apa yg ada. Tetapi secara jujur selepas kita mahir sesuatu, saya merasa sangat puas dan boring. Saya ingin sesuatu yg lebih mencabar kemahiran LOGIC saya.

Terus masuk Interview utk Jawatan Web Base yg di tawarkan oleh MMSC (HQ). Alhamdulillah, saya berjaya menempatkan 5 org terbaik utk 2 jawatan kosong Java Progammer. Transfer ke TPM (Tech. Park Malaysia, Bukit Jalil) adalah kenangan baru yg bersejarah bg saya. Bekerja di salah satu tempat yg mendapat pengiktirafan status MSC.

Thursday, April 16, 2009

Kenapa Siti Nurhaliza ????

Siti Nurhaliza, hanya 1 tahun yg membezakan umur kami berdua. Hehehe .. Cuma dia lebih tua drpd saya. Saya mengenalinya sejak dia berduet lagu mawarku. Bermula hari itu sehinggalah ke hari ini saya masih lagi menyukainya sepenuh hati saya.

Usah bertanya kenapa saya menyukainya. Memang dia seorg yg cantik, rupawan melayu, tidak sombong di mata, manis2, apa2 jer la .. suaranya selalu masuk ke kalbu saya 100% dengan lagu2nya yg shahdu seperti Kau Kekasihku, Seindah Biasa, Bukan Cinta Biasa, Biarlah Rahsia & Melawan Kesepian. Lagu2 sebelumnya dah saya tak ingat dah.

Pendek kata, saya mmg di besarkan dengan kitaran suara Siti jer. Saya tidak melihat lagu2nya bole mengkhayalkan tetapi ada juga yg mendatangkan motivasi seperti Seindah Biasa dan Melawan Kesepian. Terpulang pada diri masing2, ..

Kalu diambil kira sy adalah seorang Fanatik Siti, saya rasa ada betulnyer cuma sy x pernah VOTE utk Siti pun. Cukuplah setakat menyokongnya sahaja.

bersambung .. malas