Wednesday, October 15, 2008

"Gol Keeper Cemerlang"

Ini lah gelaran yg saya dapat semasa bermain Futsal di Shah Alam beberapa bulan lalu. Ramai yg ucapkan tahniah pada saya, abg saya pulak sindir2. Hahaha .. saya tak tahu kenapa? yg saya tahu keberanian saya dlm mencuba sesuatu di dalam Java Programming, saya adaptasi dlm permainan Futsal. Itu sahaja, iaitu sebanyak mana keberanian yg kamu ada. Tonjolkan ..

Sunday, October 12, 2008

UKM

Saya telah membuat keputusan muktamad dgn memilih UKM.

Penulisan kali ini juga tiada perasaan riak dan takbur, .. saya bersyukur kpd Allah swt. Sebelum
ini nama KTB selalu menjadi mainan mulut saya apabila ditanyakan soalan, di mana awak belajar? KTB seolah2 suatu kolej yg hebat pada mata dia org kerana melahirkan pelajar2 Diploma yg mempunyai banyak kemahiran.

Tetapi pd masa itu, KTB hanya mendedahkan VB6 & Jomla. Ianya tidak mendedahkan pelajar2 kpd dunia programming sebenar (sesiapa yg berminat sahaja). Tetapi mungkin sekarang tidak lagi kerana mengikut khabar angin mengatakan bahawa KTB juga mendedahkan apa itu PHP. Alhamdulillah ..

Kili ingat lagi pada zaman belajar di KTB, kili sentiasa beritahu pd member2 yg kili ingin menjadi
Programmer, walaupun ada kata2 yg mengatakan subjek 'Software Engineering' melemahkan kedudukan programmer tetapi alhamdulillah setakat ini itu hanyalah satu MITOS di dlm Industry. Bastard !! malah kili nampak, kedudukan programmer diperlukan untuk membangunkan software tersebut. Malah tidak mustahil salary prgrammer terbabit bole melebihi bos2 kerana itu pernah terjadi pada kili. Alhamdulillah ..

Kili menamatkan pembelajaran di KTB pada 2006 & mencecah umur 26 tahun. 2 tahun berkecimpung dlm dunia programming, .. utk menjadi seorg programmer Java (ambition)
bukanlah suatu perkara yg mudah, kili terpaksa mendaki satu level ke satu level programming.
Bermula PHP ke Action Script dan kemudian Application Developer sebelum mendaki level seperti sekarang. Itulah susahnya seorg Diploma Holder mengejar cita2. Letih ..

Idola kili adalah Pn Farida, juga seorg penasihat Indoor Games Club dan Lecture Java. Kili x tahu cam ner nak ucapkan terima kasih pada dia, kili sampai hari ini tergiang2 katanya2 supaya jangan 'sempitkan fikiran', 'jangan limitkan pemikiran'. Sampai hari ini kili masih berpegang pada
nasihat beliau. Terima kasih byk2 Pn Farida. Kili pernah mendapat 'carry mark' 57/60 utk subject Java. Tetapi kili sedih, beliau tetap menyanjungi hasil coding Norazlan, .. Best Student kili. Hari ini kili masih lagi sedih, .. tetap ingin mendapat pengiktirafan oleh beliau.

Apa yg kili lakukan adalah utk Agama, Bangsa & Negara. At least kalu saya hilang nyawa di tengah jalan KL ni, tidak lah menjadi penyesalan di Akhirat nanti.

Apa yg saya tulis ini adalah pengalaman saya utk dikongsi bersama2. Ingatlah KTB tempat permulaan yg sgt sesuai. .. jangan FANATIK/EXTREME pada 1 language programming sahaja kerana

'ANDA AKAN TEWAS DI TANGAN SAYA'

Amin