Wednesday, November 20, 2013

As Salam,

Dah lama sangat x update blog ni :D .. rupa2xnya byk perkara yg berlaku dan semuanya telah berlalu.

Hidup ini cuma sementara sahaja .. sekiranya selalu memperbaiki diri, Insyallah .. kalian tidak akan sepi dlm hidup kalian :) Skrg ni mmg BZ sesangat, .. Saya cuba listkan :~

  1. Study part time di UKM
  2. Kerja
  3. Belajar Android dan x terer-terer jugak
  4. Daki Gunung Kinabalu lg ..
  5. 1GFMAS lg ..
  6. Business lg ..
  7. Nak kawin lg ..
Haa .. cakap pasal kawin, tetiba semua mcm dah complete, rumah ada, kete ada, kerjaya ada .. semua Allah sudah lapangkan utk saya. Bini dtg dlm hidup dan cuci kaki jer :D Alhamdulillah. Syukur2x .. x tahu la anak2x sy nnt nakal mcm sy gak .. hu3x .. mmg haru biru la jwb nyer.

Hujung bln ni nak balik KG, .. Umi call kazen kawin. Hmm .. layan jer dan mmg kemestian seorg anak utk bahagian ibu dan bapa mereka. 

Hari ni dah beli tiket flight ke Gunung Kinabalu, naik MAS. RM300 return. Harap enjoy la trip ni :D

Tak sabar rasanya .. tetiba ada semangat dan point baru. Amin


Saturday, April 7, 2012

Tersalah Langkah Rupanya Selama Ini

As Salam,

Beberapa bulan ini, t'lalu byk p'kara2x sedih yg menimpa diri kili ini.  

Sepatutnya semasa kili dpt keje GOV, kili ada peluang utk apply PHG krn kat situ masih lg ada 1 kosong. Tp hr ini sms kisah2x sedih ini t'jd, barulah rasa menyesal, sepatutnya dulu kili patut apply keje di PHG jer. Merintih2x hati ini sedih ..

Apa yg kita harapkan x menjd kenyataan, apa yg dirancang semuanya perlu dibuang, apa yg dimimpikan terpaksa d musnahkan. :(

Kalu kili boleh ramal future, .. tentu x buat big mistake cam nie. Huh ..

Bln 5 nnt ada tournament chess, jika perasaan sedih ini masih menyelubungi diri, cam ner nak menang? kili patut discover very fast. Skrg ptg2x kili dah start joging balik, .. dah la berat badan naik, selera makan pun tinggi, sekurangnya xcersice ptg2x dpt memulihkan segalanya serta prepared for chess tournament. 

Nampaknya kili t'paksa cari kasih syg baru utk gantikan apa yg telah t'jd ini. Kili dah la x kuat bila sorang jer .. sedih & x semangat jer nak teruskan hidup ini.

"Ya Allah, .. tunjukkan mana satu adalah jodohku !!" Amin

Monday, February 27, 2012

Jauhi Kesedihan

As Salam, 

Akhirnya hari ini kili hanya t'senyum sahaja. W/pun diselubungi perasaan sedih ttp apabila byk keje office yg dah ciap + dpt belajar benda yg fantastic (WWoww ..) akhirnya baru kili tahu, kerjaya juga rupanya mampu merubah seseorg. 

Kili rasa lega akhirnya .. Tuhan tunjuk kita jalan.

Skrg .. peluang utk terus 'mara ke dpn' !! yey ..



Sunday, February 26, 2012

As Salam, 

Lama betul x tulis blog nie .. rindu sgt b'kata2 sprt hati ini, pemberian Tuhan untuk disayangi.

Masuk hari ni, rasanya dah nak masuk 3 minggu kot rasa 'sedih' jer .. byk p'kara yg b'laku dlm hidup ini, cabaran demi cabaran dirasai, semuanya seperti air yang mengalir di batu², tp .. sedihnya melekat di hati.

W/pun kat office, kat mana² org nampak sy gembira, ketawa t'bahak², menyangkat, .. tp bila sy sendirian, boleh rasai perasaan sedih itu. Hidup ini, kita boleh tipu org lain, tp .. kita x mampu diri kita sendiri. Bila sendirian, barulah tahu, sesungguhnya Allah itu sentiasa bersama dengan kita sentiasa.

Plan untuk sambung study balik di UKM, tp x tahu lah samada mereka ingin terima sy atau tidak. Yg pasti, sy dah b'usaha, Allah SWT yang tentutkan, tawakal dlm hati.

Byk p'kara yg sedih dlm hidup ini, .. kalu sy ceritakan nnt ianya bukan 'rahsia' lagi. 

Sy harap kesedihan ini lebih mematangkan diri ini dlm kehidupan, kerjaya, pergaulan, hubungan etc .. 

Hari ini sy dah b'baik semula dgn tunang, .. akhirnya dia balik sendiri ke pengkuan sy, x perlu panggil & merayu pun. Biarlah dia tentukan sendiri samada 'emas, belian & permata', kita sbg manusia, semestinya tidak mampu mengubah drpd emas kepada intan, daripada intan ke berlian dan sebaliknya. Jika kita adalah intan, jdlah intan yg menawan, jika emas, jdlah emas yang harganya sentiasa naik di pasaran, di permata, pastikan ianya sentiasa bersinar :)

.. tetapi, hati saya DINGIN pasal perancangan sy tidak menjd. 

Kembalinya ke sarang pada waktu yang agak salah, sarang pun dah kosong dan suasana luruh mula berlaku.

Saya minta maaf atas perkara ini, .. dengan kuasa Allah SWT sy biarkan semua berlalu agar semuanya jelas & terang. Semoga Allah SWT memberikan petunjuk akan perkara ini. Jika dia jodoh saya, maka senangkan lah semua urusan. Amin

Skrg agak byk kali dengar lagu Adele : Someone Like You

Sblm ni, pernah dengar tp cam x ikhlas jer, tp one day, my bos requested for Adele songs. Bila buka Youtube t'kejut gak pasal view sampai 119 juta, .. terus sy buka lyric. Terus sy menangis .. rupa² hati sy x p'nah berubah pun ;))

Kelakar tul raser ..

Itu sahaja .. sambil dengar lagu Adele, sambil menaip adalah satu perkara yang luarbiasa skrg terutama hati sdg sedih.

Itu sahaja ...




Tuesday, October 18, 2011

As Salam,

Smlm kili demam teruk, slps mayang maghrib terus tido sampai la ke pg esok. Mmg panas teruk rasanya. Bangun sekejap kul 11.30pm & 2.30am utk basahkan kain basah. Alhamdulillah .. kudrat utk membangkitkan diri masih ada. Terima kasih Allah krn masih sygkan saya. :(

Bila sakit mcm nie, ... baru la ingat pada kata2 org lain supaya mendirikan rumahtangga. Bukannya tak nak tp jodoh tak der, sblm ni pun dah putus. Itu lah cabaran 'bercinta jarak jauh' sebenarnya. 

Kat tempat keje kili x terasa sgt demamnyer, pasal bila bangun dah rasa OK balik, .. cuma t'lalu byk aktiviti hari ni, cuma sebelah pagi pergi ke Menara Mesiniaga utk Technology Update VMWare Vesion 5. Sebelah ptg pula ada Chess Training kat MOF b'mula hari ini sehinggalah hari p'lawanan nnt.

Hari ni cuma main 1 game jer, tp game yg paling panjang. Itu x penting sebenarnya, yg penting utk dptkan pemahaman yg t'baik & buah yg t'baik dgn mengambil kira buah kuat & lemah serta petak2 kuat dan lemah. Itulah yg menyebabkan chess game make it so hard.

Itu sahaja setakat hari ini, .. tiada apa2 yg istimewa.

Terima kasih Allah SWT krn masih menyayangi diri ini. Terima kasih

Tuesday, October 4, 2011

Kili Nak Share Knowledge Experienced

As Salam, 

Dah lama sgt x tulis blog skrg nie, .. selalu update kat FB jer. Itu pun x sangka ada org follow up. Ades .. :)
Skrg kili plan nak share knowledge dgn ko org semua, .. ada yg t'tawa & geli hati bila kili kata sedemikian, tp kili x kisah pasal bg kili dia org tue masih lg NOOB. :)) Pasal skrg baru kili perasan, ilmu kat dada kili ni x der siapa pun yg bole terima.

Bila kili b'cakap sesuatu, tidak sampai kpd level yg kili nak sampaikan.

Rugi benar rasanya jika x kongsi dgn anak bangsa sendiri.

Antara teknologi yang kili tau :~

1. PHP Programming
2. JAVA Programming
3. Action Script Programming
4. Network Trunking
5. Teknologi pSeries (HA, AIX)
6. Teknologi xSeries
7. Blade Server
8. VMWare Server
9. PC - Silent Install (MS Office, NTVirus, Wallpaper, Screen Server etc)
10. Byk lg la .. kalu skrg nak ingat x sempat (hari ni pun training HP Blade Server)

Itu sahaja la kot .. Thanx kerana membaca

Thursday, June 30, 2011

Donate Blood Failure

As Salam,

Hari ini PUSPANITA adakan ceramah kesihatan Aras 7, AG. Tp sy x kesempatan pun, entah .. mmg x pernah join aktiviti apa2 pun. :p

Slps isi borang, b'ckp dgn Fahmi pasal Treasury hantar email utk tidak hantar team chess ke MAKSWIP pd 9 - 10 hb nnt. Rasa kecewa gak la .. tp rupa2nya, Fahmi already talk to Awit about this early time ago. So, kili just bg semangat pd dia org jer la.

Bg gak cadangan, pasal transport tue, bole tempah kete AG jer. Itu semua 'no hal' la ..

Masalahnya, slps isi borang utk 'donate blood', slps periksa tekanan darah 2x, masih juga tinggi. Dr. x nak terima apa2 lg, terus kili beredar cam tue jer. Rasa kecewa gak la .. :(

Rupa2nya keturunan Darah Tinggi ni semakin lama semakin kuat, ... susah nak control skrg. Bekam jer langkah t'mudah utk control darah sekarang. Terima kasih pd Islam krn memperkenalkan perubatan traditional ini.

Itu jer la .. kili nak tido awal mlm nie, kerap sgt tido lewat skrg.

Tuesday, June 28, 2011

All Men Are Brother 2011 End

As Salam,

B'akhirnya sudah citer All Men Are Brother, akhirnya hidup kili x la p'lu t'kejar2 lg dpn TV 8 semata-mata nak tgk benda alah nie. 
Based on true story, citernya mmg t'baik !! 

Tp sebentar td kili ada buat research pasal Agama Islam, Puak Liangshan, Destiny Song, Temple Song Jiang, Diangzhou. Tp kili x ambil sejarah t'sebt mengikut masa, tahun, pemerintahan, dan sebagainya secara tepat. Kerana ianya perlukan masa yg agak lama.

Ttp kili t'tarik kpd Agama Islam mula masuk ke China pada 600 tahun yg lalu. Ttp ianya semakin b'kembang semasa Destiny Song. Puak Liangshan juga wujud pada Destiny Song. Mengikut jalan cerita All Men Are Brother, watak Song Jiang tidak ubah seperti beliau adalah seorang Islam.

All Men Are Brother = Semua Umat Islam Adalah Bersaudara 

Kan sama semua tue?? Fahaman Taoism juga wujud pd Destiny t'sebut. 

Jika Song Jiang adalah seorg Islam, kili sedekahkan Al-Fatihah kpd Allahyarham krn b'jaya membina pasukan yg hebat & lengkap, mnjd pemimpin yg adil, menyebabkan rakyat byk jelata memeluk Islam. 

Kesimpulan : Itu semua adalah sejarah, menyaksikan satu tamadun dihormati w/pun berabad2 lamanya & tetap disanjungi. 

Wednesday, June 22, 2011

Makan-Makan AG sempena Juara Kejohanan Sukan Perbendaharaan

As Salam,

Hari ni ada mkn² kat Aras 8, AG. Sempena AG masih kekalkan no. 1 lg pd Sukan Treasury. Pendek kata, AG masih kekalkan kejohanan t'sebut jer la :) Selama ni, asyik dengar jer ada mkn², AG dpt no 1. Tp lps jd atlet, rasa OK la sikit kot.
Sebenarnya bg kili la, .. masih byk halangan lg slps ini, nak layakkan diri lg bg mewakili Treasury. Kat situ, mesti lg perit rasanya krn b'lwn dgn mereka yg lebih POWER kan :) Tp sebenarnya, lps balik Sukan Treasury tempoh hari, mmg dah start study pun.

Apa pun, prinsip sy tetap saya, b'main yg t'baik wpun kalah & respect lawan kita.

:)

Baru lah kalu menang x terasa, kalah pun masih lg boleh senyum :)

All Men Are Brother 2011

As Salam,

Kili sgt t'tarik kpd citer nie .. drpd 1st time (not really 1st episode) till now !! 

Citer kalu ada perihal 'kung-fu + intelligent' sure pasti tgk punyer !! Krn itu semua x bole dijangka oleh akal fikiran, kena tgk dulu br dpt ilham. Ahaks :)

"Citernyer mudah jer .. mengisahkan banyak Pegawai Kerajaan kerajaan Song yang baik, ttp ditindas oleh Pegawai² jahat, akhirnya pegawai t'sebut b'henti drpd b'khidmat @ masih b'khidmat. Kebaikan Song Jiang, pegawai kecil kecil telah menjadikannya mashyur sehingga org mengenali namanya sahaja. 

Mereka akhirnya b'kumpul di Liangshang & mendirikan kerajaan baru yg kecil di sana (108 org pegawai) yang kesemuanya bbakat & hebat. 

Kebaikan Song Jiang adalah, walaupun selesa dgn Puak Liangshang yg dibanggakannya, krn menumpaskan byk tentera kerajaan (mggunakan kebijaksanaan puak + Wu Yong) ttp tetap memikirkan masa dpn puak t'sebut. 

Akhirnya mereka semua telah mndpt pengampunan drpd Maharaja & skrg sdg b'khidmat utk Kerajaan. Setakat ini, telah 20 daripada 108 pegawai Puak Liangshang t'sebut telah t'bunuh. Ini menyebabkan kesedihan antara adik beradik t'sebut"

Jalan citernyer mmg best, cara mereka menarik p'hatian pegawai kerajaan yg hebat utk menjd ahli mereka (sewaktu Puak Liangshan sdg b'kembang), cara mereka melayan @ mengambil hati pegawai t'sebut (t'lebih dahulu memindahkan keluarga daripada luar ke tempat Puak t'sebut) dan sebagainya. 

Ceritanya mmg mengisahkan kebajikan Puak ini.

Kalu la Kerajaan Malaysia juga perihatin sprt Puak Liangshang ini, pasti rakyat Malaysia hidup b'satu padu & tiada persengketaan.

Amin